Monday, December 23, 2019

📢 Bebas Sisa Asap Basi 🚭💨 #TakNakMerokok #BebasAsapRokok

Sisa Asap Basi (SAB)

Bagi perokok, jangan ingat membasuh tangan, berkumur atau mencuci muka telah  bebaskan diri anda daripada kesan asap rokok. 

Sisa asap rokok basi masih melekat pada baju anda, rambut, badan dan anggota badan lain kemudian dipindahkan kepada anak-anak anda.

Anda mungkin berkata, tidak ada masalah kerana boleh bersihkan diri sebelum memeluk anak-anak, tetapi berapa ramaikah yang berbuat begitu? 

Mungkin ada pula yang bertanya, jadi apakah pencegahan terbaik? Jawapannya mudah berhenti merokok! 

Bagi bukan perokok pula, elakkan diri daripada terdedah kepada asap rokok. Anda juga berisiko membawa  sisa asap basi kepada anak-anak. 

Rumahku syurgaku, jadikan rumah anda kawasan bebas asap rokok.

#TakNakMerokok🚭
#SihatMilikKu💕
#BahayaAsapRokok💨
#SABBahaya💨
#MelawanAsap✖️💨
#BebasAsapRokok💨
#BebasSisaAsapBasi💨







No comments:

Post a Comment

Buat Perangai 2.0

Gambar selfie, candid dan lain... tembak sendiri dan orang lain...