Tuesday, December 17, 2019

Infografik KKM #gayahidupsihat 2.0


#InfoKKM Batu karang terbentuk disebabkan oleh 2 keadaan iaitu air kencing pekat yang kebiasaannya seseorang kurang minum air dan mendapan mudah terbentuk. Selain itu,adalah kerana kalsium yang terenap. 

Kalsium boleh tercabut dari dinding salur kencing dan menyebabkan lebih banyak tempat berlaku enapan kalsium 75% daripada kes batu karang adalah jenis batu kalsium. Ini adalah kerana kandungan kalsium terlalu tinggi. Namun, makanan tinggi kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi suplemen yang tinggi kalsium sahaja menyebabkan penyakit ini. 

Selain itu, kandungan kalsium juga boleh menjadi tinggi dalam air kencing apabila pengambilan garam yang berlebihan akan menyebabkan penyingkiran kalsium lebih tinggi.

Batu Struvite adalah yang ke-dua lazim berlaku dimana ia terbentuk kerana pesakit kerap mengalami jangkitan kencing kotor. Yang ketiga adalah batu asid urik, dimana 6% dari jumlah kes batu karang. Pesakit ini kerap mengambil diet tinggi dengan purine. Pesakit gaut juga berisiko mengalami masalah ini.
Jadi, Kurangkan pengambilan garam, dapatkan nasihat doctor untuk pengambilan suplemen tinggi kalsium dan kekal hidrasi badan anda.

Sumber Rujukan : World Health Organization(WHO) & Thediagnosa.com

***************

#InfoKKM 
Batu karang menyebabkan sakit belakang yang  teruk yang digambarkan lebih teruk dari sakit waktu bersalin. Batu karang boleh terbentuk  pada buah pinggang (Nephrolithiasis) atau di salur ureter di antara pundi kencing dan buah pinggang(Ureterolithiasis).

Sakit belakang ini berlaku kerana penyumbatan pada salur ureter. Apabila sakit merebak ke bahagian ari-ari, kebiasaanya batu karang telah berada di pundi kencing.

Antara sebab utama berlakunya penyakit batu karang ini adalah kekurangan air dimana air kencing menjadi pekat dan memudahkan pembentukan batu karang.

Ia tidak berlaku dalam masa yang singkat, batu karang mengambil masa 6 bulan hingga setahun sebelum menunjukan simptom.




No comments:

Post a Comment

Buat Perangai 2.0

Gambar selfie, candid dan lain... tembak sendiri dan orang lain...